PIKAS

Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilancarkan sebagai Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi menyegerakan proses imunisasi Rakyat.

PIKAS yang diterajui oleh MITI merupakan program kerjasama awam-swasta di mana sektor swasta akan menyediakan kemudahan Pusat Pemberian Vaksin termasuk perkhidmatan perubatan, bukan perubatan dan keselamatan.

Objektif

PIKAS membantu mempertingkatkan tahap pengambilan vaksinasi di kalangan tenaga kerja sektor pembuatan. Ini akan dapat mengurangkan bilangan kluster kerja COVID-19 bagi menjamin kesejahteraan pekerja dan merancakkan pemulihan ekonomi Malaysia.